Seorang ibu muda mencekik bayi perempuannya yang berusia dua bulan dan meninggalkan mayat mangsa dekat sebuah bangunan sebelum menyerah diri kepada polis, tengah malam semalam.
Pegawai polis bertugas di balai polis Uthong, di sini, Leftenan Muda Siam Suan-in berkata, wanita terbabit dikenali sebagai Angkana Klaharn, 20, menyerah diri pada jam 12.30 malam. Suspek yang kelihatan lemah, tertekan dan terganggu mengakui membunuh anak perempuannya dengan mencekik bayi malang itu.
Apabila polis tiba di tempat kejadian, mereka menemui bayi perempuan itu dibungkus dalam sehelai tuala. Bayi itu kemudian dikejarkan ke Hospital Thonburi Uthong, tetapi gagal diselamatkan.
Menurut Angkana, dia membawa anak perempuannya keluar dari rumah tanpa arah tujuan. Selepas tiba di stesen bas di daerah Uthong, dia melalui lorong sunyi dan mula mencekik bayinya tanpa sebab. Suspek memberitahu polis, dia memutuskan menyerah diri kerana dia takut perbuatannya terbongkar.
Polis membawa suspek ke hospital untuk mengesahkan sama ada dia benar-benar mengalami sakit mental sebelum tindakan lanjut diambil. - Bangkok Post
Sumber
Mesti si ibu ini mengalami masalah mental. Kalau tak, takkan dah susah payah mengandungkan bayi tu 9 bulan tapi dibunuh pula. Betul tak?

No comments:
Post a Comment