Friday, 7 June 2013

KEJAM! Ibu Muda Cekik Bayi Sampai Mati

Seorang ibu muda mencekik bayi perempuannya yang berusia dua bulan dan meninggalkan mayat mangsa dekat sebuah bangunan sebelum menyerah diri kepada polis, tengah malam semalam.



Pegawai polis bertugas di balai polis Uthong, di sini, Leftenan Muda Siam Suan-in berkata, wanita terbabit dikenali sebagai Angkana Klaharn, 20, menyerah diri pada jam 12.30 malam. Suspek yang kelihatan lemah, tertekan dan terganggu mengakui membunuh anak perempuannya dengan mencekik bayi malang itu. Apabila polis tiba di tempat kejadian, mereka menemui bayi perempuan itu dibungkus dalam sehelai tuala. Bayi itu kemudian dikejarkan ke Hospital Thonburi Uthong, tetapi gagal diselamatkan.

Menurut Angkana, dia membawa anak perempuannya keluar dari rumah tanpa arah tujuan. Selepas tiba di stesen bas di daerah Uthong, dia melalui lorong sunyi dan mula mencekik bayinya tanpa sebab. Suspek memberitahu polis, dia memutuskan menyerah diri kerana dia takut perbuatannya terbongkar. Polis membawa suspek ke hospital untuk mengesahkan sama ada dia benar-benar mengalami sakit mental sebelum tindakan lanjut diambil. - Bangkok Post

Sumber

Mesti si ibu ini mengalami masalah mental. Kalau tak, takkan dah susah payah mengandungkan bayi tu 9 bulan tapi dibunuh pula. Betul tak?

PELIK! Wanita Menulis dengan Kemaluan

Seorang wanita Jepun memiliki seni tersendiri. Apa dia? Wanita ini boleh menulis dengan kemaluannya sendiri dalam keadaan mencangkung.

Bagaimana? Dia memasukkan pensel ke dalam farajnya dan menulis di atas kertas


Haa? Ini korang rasa kreatif ke? Pelik ke? Jijik ke? atau 18SX ni? Macam-macam wanita masa kini..

Sunday, 2 June 2013

Fesyen Wanita Berhijab 2020?

Apa akan jadi pada evolusi wanita bertudung masa kini pada tahun 2020?


Haaa.. ini dia evolusi wanita berhijab..


Amacam? Hehe
sumber

GEMPAR! Angelina Jolie Buang Payudaranya, Kenapa?


Angelina Jolie, pelakon wanita Amerika yang terkenal telah melakukan pembedahan pembuangan payudaranya atau dipanggil sebagai Double Mastectomy sejak bulan Februari 2013 yang lepas.

Kenapa Angelina Jolie buang payudaranya? Mesti korang tertanya-tanya kan?

Sebenarnya, Ibu Angelina Jolie telah menghidapi kanser payudara dan meninggal dunia pada usia 56 tahun disebabkan penyakit kanser tersebut. Oleh itu, Angelina Jolie telah membuat ujian Gen di mana Angelina diberitahu bahawa dia telah membawa gen BRCA1 yang memberikan dia risiko sebanyak 87 peratus untuk menghidapi kanser payudara seperti ibunya dan 50 peratus risiko menghidapi kanser ovari. Gen BRCA1 adalah gen yang diwarisi dari ibunya yang berkaitan dengan kanser payudara.

Angelina Jolie risau akan mewarisi penyakit seperti ibunya, maka beliau telah membuat keputusan untuk membuat Preventive Double Mastectomy di mana kedua-dua tisu payudaranya dibuang dan digantikan dengan implan payudara.

Disebabkan pembedahan buang payudara ini, maka risikonya untuk menghidapi kanser payudara telah menurun dari 87 peratus kepada 5 peratus.

Pada mulanya, Angelina Jolie cuba untuk merahsiakan pembedahannya ini, tapi akhirnya dia mendedahkan juga kerana ingin berkongsi info dan pilihan kepada wanita lain yang mungkin membawa genetik ini dan selalu dibayangi dengan kanser payudara ini.

Doktor mencadangkan hanya mereka yang mempunyai keturunan kanser payudara perlu membuat ujian gen BRCA 1 dan seterusnya preventive double mastectomy.

sumber

Saturday, 1 June 2013

LAWAK! 10 Ekspresi Muka Bayi Comel yang Pelik

Tahukah korang bahawa bayi-bayi yang baru lahir sebenarnya mempunyai muka yang hampir sama je. Muka bayi mula berubah selepas umur 2 atau 3 bulan ke atas.

Tahukah korang bahawa bayi-bayi yang baru lahir ini juga mempunyai macam-macam ekspresi muka yang comel-comel dan pelik-pelik. ^_^

Jom layan gambar 10 ekspresi muka bayi ini: ( Agak-agak apa bayi ni cakap ye? Hehe)


Gambar 1: " Hai"

Gambar 2: " Malaslah nak layan"

Gambar 3: "Emmm"

Gambar 4: " Eewwweeeeekkk"

Gambar 5: " Emmmm Chak"

Gambar 6: " Comel tak aku?"

Gambar 7: " Hurraayyy"

Gambar 8: "Ooooohhhh"

Gambar 9: " Sedapnya.."

Gambar 10: " Comel tak aku?"


Jom layan video bayi comel ini:




Mana satu memek muka atau ekspresi muka bayi ini yang paling comel?

Lelaki Bayar RM1.1 Juta untuk Jadi Pondan Barbie

Lelaki ini telah menghabiskan masanya selama 12 tahun untuk menjadi wanita seperti Barbie Doll kerana minatnya yang mendalam terhadap Barbie Doll. RM1.1 Juta duit dibelanjakan untuk menjadi Barbie Doll.

Ini gambarnya masa muda-muda dulu..
Gambar Jason Torres masa kecil

Dan, ini pula gambarnya yang dah macam Barbie Doll


- RM1.1 juta? Banyaknya.. Dah boleh jadi jutawan Malaysia ni. Hehe -

Penjual Gadis? Biar Betul?

Nak Jurujual ke? Atau Nak Jual Gadis?
Macam nilah jadinya bila guna translator tukar dari Bahasa English ke Melayu. Haha. Lawak siut..


SEKSI! Ibu Menjadi Hot Selepas Hilang 20KG

Ibu ini adalah suri rumah Jung Da Yeon berusia 46 tahun dan mempunyai berat 70kg selepas melahirkan dua orang anak pada tahun 2003. Pada tahun yang sama, dia telah kehilangan 20 kg dalam tiga bulan kerana kawalan makanan sihat serta senaman yang kerap.





Dia telah menghasilkan video, buku, gambar serta blog untuk memberitahu orang ramai cara dietnya. Selain itu, di Jepun satu permainan Wii juga dihasilkan sempena dirinya dan dipanggil 'Mom-chan Diet Wii: Figure-robics'. Di negaranya sendiri, dia dipanggil momjjang ajumma' iaitu 'mak cik dengan bentuk badan yang menawan.



sumber

Amacam, Mama hot tak?

LAWAK! Gambar Paling Hodoh Beyonce



Penyanyi Beyonce digambarkan sebagai seorang wanita yang cantik dan seksi.

Disebabkan gambar ini kelihatan hodoh dan jelek, pihak pengurusan Beyonce telah meminta agar gambar tersebut tidak disiarkan lagi dengan menghantarkan memo bertulis kepada wartawan berkenaan.

Pun begitu, pihak pengurusan Beyonce nampaknya sudah tidak boleh membuat apa-apa lagi kerana gambar ini sudah meluas merebak. Walaupun media tersebut telah membuang gambar tersebut di lamannya tetapi banyak blogger telah memuat naik gambar itu di blog peribadi mereka.



Hodoh sangat ke? Haha..

GEMPAR! Cara Nikah Pelik Sebelum Dirogol

“Mereka bentang sejadah dan duduk berdepan sambil berjabat tangan. Seorang daripada mereka menjadi jurunikah dengan melafazkan akad aneh. Antara lafaz itu ialah bersaksikan Allah, berwalikan malaikat di kiri dan kanan.”



Demikian pendedahan wanita mahu dikenali sebagai Umi, 24, ketika menceritakan pengalamannya hadir untuk ditemu duga sebagai pembantu rumah, namun terperangkap dan menjalani acara ‘nikah batin’ sebelum dirogol majikannya.

Umi berkata, kejadian itu berlaku Februari lalu selepas dia terbaca iklan mencari pembantu rumah yang disiarkan di akhbar dan berminat dengan pekerjaan itu.

Tanpa sebarang prasangka buruk, Umi yang berasal dari utara tanah air berkata, dia menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan berkenaan sebelum datang ke ibu negara untuk menjalani sesi temu duga.

“Sebaik sampai di Pudu Sentral, saya dijemput seorang lelaki berusia 60-an yang memperkenalkan diri sebagai majikan sebelum dibawa ke sebuah hotel untuk bertemu pembantunya,” katanya.

“Bila saya bertanya mengapa perlu ke hotel, dia memberitahu pembantunya menunggu untuk sesi temu duga,” katanya.

MB: Macam-macam je teknik perogol sekarang ni..

sumber

GEMPAR! Wanita Lesbian Muslim Pertama Berkahwin

Apa dah jadi dengan kedua-dua wanita lesbian yang beragama Islam ini?

Inilah yang berlaku di UK sekarang ini. 2 wanita Islam yang berasal dari Pakistan telah mencipta sejarah apabila mereka berkahwin dan telah berdaftar secara rasmi di UK. Mereka adalah pasangan lesbian muslim pertama yang berkahwin di UK. Dan mereka telah memohon perlindungan politik kerana mendakwa hidup mereka berada dalam bahaya jika kembali ke negara asal mereka.



Rehana Kausar, 34 tahun dan Sobia Kamar, 29 tahun mula bercinta sejak setahun yang lepas sebelum memutuskan untuk berkahwin.



Sejak berita tentang perkahwinan mereka tersebar, kedua-dua lesbian ini telah menerima pelbagai ancaman bunuh dari Pakistan dan juga UK

Kenapa mereka memilih untuk berkahwin?

Mereka kononnya adalah pasangan homoseksual yang saling mencintai satu sama lain. Mereka berpendapat UK adalah negara yang memberi hak kebebasan kepada mereka untuk memilih pasangan masing-masing untuk berkahwin. Ini adalah hidup peribadi mereka dan bukannya urusan orang lain.

sumber

Apa komen anda?

GEMPAR! Punggung Beyonce Ditampar Peminat

Biarpun beliau sering dinobatkan sebagai wanita terseksi dunia serta seringkali melakukan persembahan menggiurkan, ternyata penyanyi terkenal, Beyonce tidak selesa dipermainkan lelaki.

Ketika menyanyikan lagu “Irreplaceable” di konsert Mrs Carter Show World Tour beliau di Copenhagen, Denmark, seorang peminat lelaki tidak dikenali mengambil kesempatan untuk menampar punggung Beyonce. 

Penyanyi berusia 31 tahun itu jelas menunjukkan perasaan tidak selesa dan marah dengan aksi tidak senonoh peminat tersebut, lalu terus berkata, “Saya akan pastikan anda dibawa keluar daripada tempat ini sekarang, faham?”

Terdapat reaksi bercampur daripada peminat berikut kejadian tersebut. Ada yang rasakan Beyonce layak dilayan sebegitu kerana sering menampilkan penampilan seksi manakala ada yang rasakan peminat tersebut telah melampaui batasan.

sumber

Apa kata anda?

Ibu Tiri Dihukum Gantung, Kenapa?

Kematian tragis seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera ibu tirinya dua tahun lalu akhirnya terbela apabila wanita warga Indonesia itu dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Johor semalam.



Dewi Nadia Alias, 26, diarah menjalani hukuman itu selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Samsudin Hassan mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Samsudin berkata, keterangan tertuduh tidak konsisten ketika dia memilih untuk membela diri secara bersumpah di dalam kandang saksi.

"Keterangannya melompat-lompat dan tidak konsisten," katanya.

Mengikut pertuduhan, Dewi Nadia didakwa membunuh Nur Dania Qistina, 3, di sebuah rumah di Jalan Tengku Mariam, Batu 7 1/2, Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini pada pukul 6 pagi 9 Januari 2011.


Comelnya adik Nur Dania Qistina ni.. Kenapa diperbuat seperti ini..

Tuhan itu Maha Adil.. Betul tak?

GEMPAR! Implan Payudara Wanita Ini Tergantung Keluar dari Dadanya

Wanita ini berumur 25 tahun , telah menjalankan pembedahan implan payudara yang membesarkan saiz payudaranya dari Cup A ke Cup DD. Sangat besar punya..



Malangnya, badan wanita ini telah menolak salah satu implan silikon yang telah diletakkan dalam payudara kanannya dan pembedahan semula terpaksa dilakukan.

Akibat daripada parut yang tidak sembuh sepenuhnya dan terdapat kelemahan pada tisunya, maka selepas 2 bulan, implan tersebut terkeluar sendiri dari parut payudaranya.





Errrghh.. menakutkan. Wanita ini terpaksa hidup selama 7 bulan tanpa payudara yang tidak sekata kerana badannya memerlukan masa untuk sembuh sebelum implan dimasukkan semula.

sumber

Apa kata anda? Tak terkata-kata  ^_^

KEJAM ! Anak Kecil Ditikam Oleh Ibunya 40 Kali

Seorang ibu, Shyama Ali, 36 tahun sanggup menikam anaknya sebanyak 40 kali dan mengorek keluar hati anaknya yang berusia 4 tahun.. Shayma Ali sanggup berbuat demikian kerana percaya ia sebagai proses korban kepada Tuhan.

Apa yang sedihnya.. Shayma Ali adalah seorang Muslim yang tinggal di Timur London.



Beliau percaya anak kecilnya itu telah dimasuki jin dan tujuannya menikam anaknya adalah untuk menghapuskan kuasa jahat tersebut. Ketika menikam anaknya ini, ayat Quran dipasangkan.

Wanita ini dipercayai mengidap penyakit mental yang dikenali sebagai Acute Transient Phsychosis. Beliau memberitahu suaminya sebelum kejadian tersebut, terdapat satu suara berbisik kepada dia, ” Jika kamu sayangkan Allah, Kamu perlu korbankan anak kamu” . Dia telah mencekik anaknya terlebih dahulu sebelum menikam beberapa kali.
sumber

-Kejam! Apa komen korang?-

Ibu Kurung Anak Selama 11 Tahun, Kenapa?

Lelaki Dikurung 11 Tahun oleh Ibunya, Kenapa?



Seorang ibu terpaksa mengurung anak lelakinya sendiri selama 11 tahun selepas anaknya itu dibebaskan dari penjara pada tahun 2001.

Anak lelakinya ini telah membunuh seorang budak lelaki berumur 13 tahun di Ruichang, Jiangxi Province, China.

Ibunya yang telah berusia 74 tahun terpaksa membuat sendiri kurungan besi untuk anaknya kerana tiada tukang besi yang berani membuat kurungan tersebut kerana risau anak lelakinya nanti akan membalas dendam jika dia terlepas. Dikatakan ibunya sendiri menangis sambil membuat kurungan besi tersebut.

Ibu manalah yang tak sedih kerana terpaksa mengurung anaknya sendiri kerana risau dia akan mencederakan orang lain lagi. Anak lelakinya ini sebenarnya mengidap masalah mental.

-Kasihan juga dengan si ibu tapi sebenarnya ada rawatan dan ubat yang boleh dimakan oleh pesakit mental tapi mungkin juga si ibu tak tahu atau tak mampu untuk mendapat rawatan. Betul tak? -

sumber

Wanita Masa Kini

Kalau zaman dahulu, ibu-ibu kita kebanyakan adalah surirumah. Mereka banyak menghabiskan masa di dapur dan di rumah untuk suami dan anak-anak.

Wanita zaman dulu, suka memasak..


Tapi wanita masa kini, semakin maju, mereka semakin kurang di dapur. Kenapa?

Kerana....

Semakin ramai, wanita masa kini yang bekerjaya.  Separuh masanya di rumah dan separuh lagi di tempat kerja. Tanggungjawab mereka semakin tinggi. Mencari nafkah dan juga menjaga anak-anak.

Wanita pertama menjadi Presiden India
Ibu bekerjaya menyusukan anaknya semasa bekerja di Parlimen

Wanita masa kini juga semakin canggih dan unik...

Ibu menyusukan anak sambil beronline, pengguna internet tegar ni.
Wanita memasak guna Helmet. Kreatif tak? ^_^
Haa.. Beginilah wanita masa kini.. Apa pendapat korang? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...